New Bokitta Style Tudung Terbaru dengan 4 pilihan stail menarik

Durdana Syahera

Posted on October 27 2019

New Bokitta Style Tudung Terbaru dengan 4 pilihan stail menarik | BOKITTA SYAHERA

 

Hi semua,  

Berita baik untuk Bokitta Lovers Malaysia...New Bokitta Style in da houz!

Yang ditunggu-tunggu telah tiba. style Bokitta Hijab terbaru dengan 6 corak bagi keluaran Tropica kali ini. Release kali ini pertama kalinya Bokitta akan memperkenalkan 4 style Hijab yang terbaru. Tetapi untuk koleksi Breeze kali ini masih lagi dalam proses percubaan jadi kuantiti hijba yang dikeliuaran agaka terhad.

Objektif utama Bokitta memperkenal hijab terbaru ini adalah untuk menukar perspektif wanita bahawa tudung Bokitta ini hanyalah sesuai untuk digayakan oleh golongan ibu-ibu pertengahan umur dan wanita tua sahaja.

Menyedari hal ini, Bokitta mengambil langkah drastik mengeluarkan terus 4 style Hijab terbaru pada bulan October 2019. Antara sebab lain adalah untuk menyediakan pelbagai pilihan stail bagi Bokitta fans bagi menggayakan hijab dengan pelbagai stail sesuai dengan function atau event yang dihadiri mereka.

Secara langsung ianya dapat memberi peluang kepada hijabis dan fans-fans tudung lain yang mana sebelum ini mereka kurang atau tidak meminati Bokitta signature Hijab (Chic, Chic Maxi, Voila dan Voila Maxi) bagi mencuba style terbaru tudung Bokitta ini.  


Ok girls, jom go thru stail-stail terbaru Bokitta Hijab ini :


1. Bokitta Voila Mini
 
Size yang lebih kecil berbanding dengan Voila! yang biasa. Sesuai untuk wanita yang mempunyai bentuk muka yang kecil, bentuk badan bersaiz petit dan untuk wanita yang gemarkan hijab bersaiz kecil serta pendek. Selain itu Bokitta Voila Mini ini juga sangat sesuai untuk kanak-kanak perempuan yang ingin menggayakan tudung Bokitta. So lepas ini ibu-ibu juga boleh la menggayakan Bokitta dengan corak yang sama dengan tudung anak perempuan anda. Wow....kelas gitueww!

2. Bokitta Chic Mini 
Ianya merupakan versi Chic yang lebih pendek. Sesuai untuk digayakan dengan blazers yang besar, blouse yang besar atau pakaian kerja agar kelihatan lebih kemas kerana ciri cirinya yang lebih pendek dan kecil

3. Bokitta Freestyle 

Bokitta Freestyle
Bokitta Freestyle

Gaya ini menampilkan instant shawl dengan lining cotton didalamnya menjadikannya kurang jarang dan sangat simple. Bokitta Freestyle ini didatangkan tanpa inner, secara peribaid bagi kami ia bakal menjadi rebutan para hijabis bukan hanya kerana gayanya yang simple malah ianya dapat digayakan dengan pelbagai cara atas keselesaan si pemakai.
4. Bokitta Capshawl 
Style ini merupakan gaya semi instant turban yang sangat popular digayakan sekarang di Malaysia. Capshawl ini ialah gaya dua dalam satu iaitu ia boleh di asingkan inner dan shawl supaya si pemakai dapat memilih sama ada untuk menggunakannya sebagai turban atau shawl.

Bokitta Turban
                           Bokitta Capshawl atau Bokitta Turban

 

 

NEW BOKITTA INNER

  • Bokitta B inner : B Inner ialah dua inner dalam satu iaitu sama seperti koleksi tropika sebelum ini iaitu sebelah inner dijadikan printed inner dan sebelah lagi ialah inner cotton kosong. Cotton yang digunakan ialah cotton yang berkualiti tinggi yang dapat memberi keselesaan kepada si pemakai.

  • Bokitta X inner : X inner juga ialah dual inner printed dan plain, cuma yang membezakannya dengan B inner, X inner ialah inner berbentuk silang. X inner atau inner silang ini digemari kerana akan memberikan effect bentuk muka yang bujur kepada si pemakai.


Kedua-dua jenis inner, B dan X inner di jual secara berasingan untuk memberikan kebebasan kepada hijabis untuk memilih jenis inner yang sesuai dengan bentuk muka mereka dan sesuai digayakan dengan Bokitta jenis freestyle atau jenis-jenis Bokitta lain untuk menukar inner supaya tampak kelainan.

More Posts

0 comments

Leave a comment

All blog comments are checked prior to publishing