Bokitta Taj dan Taj Maxi keluaran terbaru

Durdana Syahera

Posted on April 29 2019

 

Hijab terbaru dari Bokitta, Taj dan Taj Maxi.

 

 

Taj di dalam bahasa Arabic yang membawa maksud mahkota, merupakan hijab style terbaru dari Bokitta!

"Because the hijab is the crown that every muslim woman wears with pride."

Terdapat 2 size bagi tudung Bokitta Taj ini, iaitu Taj dan Taj Maxi. Pelancaran bagi tudung Taj terbaru ini diadakan pada 9/04/2019 bersama-sama sempena pelancaran terbaru butik Bokitta di Alamanda, Putrajaya.

Ok perbezaan Taj dan Taj Maxi adalah dari ukuran size tudung ini sahaja. Untuk Taj 54cm dari chin to chest, manakala bagi Taj Maxi 64cm dari chin to chest. Kedua-duanya datang bersama Tassel dan mempunyai lining.

Pastinya ada yang tertanya apakah material kain yang digunakan? Ok, material kain adalah Crepe chiffon, dan seperti biasa datang bersama magic inner dengan material kain jenis cotton lycra. Masih mengekalkan konsep asas Bokitta iaitu fully instant wrapped hijab, Bokitta Taj tampil lebih bergaya ala- ala selendang yang dililit tetapi sebenarnya hanya sekali sarung.

Sempena pelancaran edisi sulung hijab terbaru ini, Bokitta mengeluarkan 6 color berbeza dengan nama seperti berikut :

  • Taj Banafsaji (Purple)
  • Taj Bunni (Brown)
  • Taj Aswad (Black)
  • Taj Wardi (Soft Pink)
  • Taj Fiddi (Grey)
  • Taj Khamri (Pink)


Pada pandangan peribadi Syahera, sambutan bagi Taj hijab ini amat positif terutamanya bagi remaja dan lewat usia 20an. Ini kerana Taj boleh dikatakan ianya merupakan style Hijab trendy bagi muslimah di Malaysia pada hari ini seperti jenama-jenama tudung lain yang ada dipasaran. 

Malah dari segi maklum balas pelanggan regular  yang datang di butik kami, mereka juga amat menyukai tudung terbaru Bokitta ini. Bagi Bokitta lovers, mereka pastinya mempunyai plilihan lain untuk menggayakan hijab selain dari Voila dan Chic!

Bagi peminat Bokitta terutamanya di kawasan utara, boleh dapatkan Bokitta Taj original ini di butik Bokitta Syahera, Sg Petani, Kedah. Anda boleh waze Bokitta Syahera untuk lokasi. Manakala bagi pembelian online, boleh terus whasapp Syahera di 0182624132.  

More Posts

0 comments

Leave a comment

All blog comments are checked prior to publishing